PUSPAL

MAJLIS BERSAMA INDUSTRI

Majlis PUSPAL Bersama Industri serta melancarkan Buku ‘Filming in Malaysia Guidebook’ dan Garis Panduan PUSPAL Cetakan Ke-5 dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi perfileman dunia. K-KOMM melalui Unit Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) dengan kerjasama pelbagai agensi telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan buku ‘Filming in Malaysia Guidebook’ yang lengkap dengan informasi yang diperlukan oleh produksi luar negara untuk menjalankan penggambaran di Malaysia. Selain itu, Garis Panduan PUSPAL ini telah ditambahbaik dan dikemaskini supaya segala permohonan penggambaran dan persembahan yang diterima dapat diproses dengan lebih teratur dan sistematik.

Dikemaskini pada : 16 November 2023