PUSPAL

LATAR BELAKANG

  • Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) adalah sebuah agensi setempat yang menyelaras permohonan penggambaran filem asing dan persembahan artis luar negara.

    PUSPAL ditubuhkan berdasarkan keputusan Kabinet pada 2001 bertujuan menyelaras dan menimbangkan semua permohonan bagi penggambaran filem dan persembahan artis luar negara serta mengendali dan menyelaras aspek-aspek yang berkaitan supaya urusan kemasukan pengeluar filem serta artis-artis luar negara dapat dibuat dengan lebih mudah dan berkesan.

    Mulai tahun 2002 sehingga kini, PUSPAL telah dipertanggungjawabkan kepada Kementerian berikut:

    • Tahun 2002   – Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
    • Tahun 2005   – Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
    • Tahun 2008   – Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
    • Tahun 2009   – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
    • Tahun 2013   – Kementerian Komunikasi dan Multimedia
    • Tahun 2022   – Kementerian Komunikasi dan Digital
    • Tahun 2023   – Kementerian Komunikasi

    PUSPAL adalah terdiri daripada Jawatankuasa PUSPAL (JK-PUSPAL) yang kini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi serta dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan Urus setia PUSPAL yang kini dipertanggungjawabkan kepada Unit Keurusetiaan JK-PUSPAL, Kementerian Komunikasi.