Pemohon perlu mempunyai ID yang berdaftar untuk melayari Sistem PUSPAL di pautan https://epuspal.komunikasi.gov.my/. Seterusnya pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut :
Apakah prosedur selepas mendapat keputusan kelulusan permohonan?
Pemohon perlu menyelesaikan bayaran cukai pegangan LHDNM dan datang ke Kaunter PUSPAL untuk mengambil surat kelulusan permohonan. Seterusnya pemohon perlu ke kaunter JIM PUSPAL untuk urusan JIM.
Adakah terdapat bayaran bagi pihak PUSPAL?
Tiada sebarang bayaran/caj bayaran yang dikenakan bagi urusan permohonan kelulusan PUSPAL. (Bayaran yang dikenakan adalah dari merujuk kepada cukai pegangan pihak LHDNM dan bayaran melibatkan urusan JIM)
Bagaimanakah cara pengiraan cukai pegangan yang perlu dibayar kepada ALN dan Kru Asing (KA)?
Cukai pegangan dikenakan ke atas ALN dan/atau KA pada kadar tertentu daripada pendapatan kasar ALN dan/atau KA berdasarkan peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan dibayar kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.
Berapakah kadar bayaran untuk Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) bagi ALN dan KA?
Kadar bayaran PLIK bagi ALN adalah sebanyak RM500.00 manakala bagi KA adalah sebanyak RM90.00.
Bolehkah pihak PUSPAL mengemukakan surat kelulusan permohonan melalui e-mel?
Tidak boleh. Pemohon perlu datang ke kaunter PUSPAL di Aras 24, Menara Komunikasi untuk pengambilan surat kelulusan. Selepas urusan pengambilan surat secara fizikal, pemohon perlu menyelesaikan urusan di kaunter JIM PUSPAL untuk melengkapkan kitaran permohonan kelulusan.
Bagaimanakah cara untuk menukar ALN / KA?
Pemohon boleh membuat permohonan pertukaran ALN / KA di Portal PUSPAL selepas menyelesaikan bayaran permohonan asal.
Bilakah waktu operasi kaunter PUSPAL?
Kaunter PUSPAL beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Adakah terdapat tarikh-tarikh yang tidak dibenarkan untuk membuat persembahan melibatkan ALN?
Tempoh larangan mengadakan persembahan berskala besar melibatkan ALN boleh dirujuk dalam Garis Panduan PUSPAL versi 6.0 (Perkara 26, muka surat: 34)
Di mana saya boleh merujuk kepada kadar bayaran bon keselamatan?
Berapa lama tempoh masa akan diambil untuk proses pendaftaran ID Sistem PUSPAL sehingga sistem dapat diakses?
Permohonan Pendaftaran ID yang telah diisi dengan maklumat lengkap akan disahkan dalam tempoh tiga hari bekerja.
Bolehkah tiket konsert dijual sebelum kelulusan permohonan PUSPAL diperoleh?
Secara amnya, sebarang pengiklanan, promosi dan penjualan tiket yang dibuat sebelum keputusan permohonan diperoleh adalah tidak digalakkan dan sebarang kerugian daripada tindakan tersebut adalah di atas risiko pemohon.
Adakah kebenaran bagi membuat penggambaran filem/drama yang melibatkan artis luar negara dan kru asing perlu dikemukakan melalui PUSPAL?
Kebenaran bagi membuat penggambaran filem/drama yang melibatkan artis luar negara dan kru asing perlu dikemukakan melalui PUSPAL sekiranya produk akhir akan ditayangkan di luar negara. Sekiranya melibatkan hanya produksi tempatan adalah perlu mendapatkan kebenaran melalui FINAS.
Apakah perkara penting yang perlu dilakukan sekiranya syarikat produksi luar hendak membuat penggambaran filem/drama dalam Malaysia?
Syarikat produksi luar perlu melantik seorang penganjur tempatan dan seterusnya mengemukakan skrip untuk proses semakan dan tapisan kandungan yang terdapat dalam babak serta skrip. Penganjur perlu membuat pengisytiharan sekiranya wujud perkara-perkara sepertimana yang dinyatakan dalam Garis Panduan PUSPAL – Lampiran C2.